Sunday, 29 December 2019

Perasaan

Wanita dan perasaan.

Bercakap mengenai perasaan tidak dapat dipisahkan jika tidak bercakap mengenai wanita.
Kenapa?
Kerana wanita ini makhluk yang penuh dengan perasaan rumit dan kompleks.
Siapa dan bagaimana nak memahami perempuan ini?
Aku sebagai perempuan kadang-kadang kecewa dengan sikap sendiri.
Sebab perasaan aku kadang-kadang tak terluah.
Nak rasa marah tapi terpaksa dipendam dan akhirnya terluka di dalam.
Walaupun pelbagai sikap sahabat perempuan yang dah aku hadapi, tetapi wanita memang tak diduga dalam hatinya.
Perasaan cepat berubah.
Kadang-kadang mulut cakap lain, tapi hati cakap lain.
Sekejap emosi stabil, sekejap terganggu.
Sebab itu Tuhan hadirkan lelaki sebagai pasangan kepada wanita (ini untuk orang yang dah berkahwin) sebagai pelengkap perasaan tu.
Lelaki dengan sikap berbeza jauh daripada perempuan akan menstabilkan emosi dan perasaan perempuan.
Walaupun kadang-kadang orang cakap lelaki ni memang tak faham perempuan langsung, (aku la tu selalu cakap) hakikatnya macamtu la ciptaan Tuhan.
Dan kita memang kadang-kadang tak dapat menyelami dan memahami perasaan tetapi kita tahu macamana nak meneutralkan balik perasàan tu.
Dan selalu pesan pada hati : Tuhan hadirkan perasaan yang kompleks pada wanita sebab wanita ni la yang nak mendidik anak-anak generasi hadapan.
Dan sebab tu kot ramai wanita hebat muncul kat luar sana.🥰🥰🥰

No comments:

Post a Comment