Friday, 25 November 2022

Aku dan dia

Perjalanan yang sekejap tetapi mengajar sesuatu untuk diri sendiri.

Takdir mungkin, hikmah Allah beri.

Pertemuan kami hanya sesingkat yang mungkin hanya berdasarkan Whatsapp dan pertemuan wakil keluarga.

Pertama kali masa kak bagitau pasal hal kahwin ni masa tu kak cakap dalam keadaan demam jadi nampak cam sedih,ayat kak 'tengok la camna nampak macam ok'.

Lepas kenal sendiri melalui whatsapp, ada terdetik nak tolak tak mau, sebab letih pikir pasal nak kahwin, tak larat pikir pasal perasaan lepas terjebak beberapa kali sebelum ni.

Even dah masuk fasa tunang pun memang banyak ragu-ragu dan rasa diri sendiri tak yakin banyak.

Tapi perjalanan tetap diteruskan, mungkin ada hikmahnya.

Maka terciptalah sejarah 11.12.2021.Terijab qabul antara Mohamad Nazmi Helmi bin Abdul Halim dan Nurjamilah binti Abdul Hamid. 

Dan perjalanan yang masih baru tapi demi perkenalan yang tercipta dan hubungan kami, banyak benda aku tak paham dan setuju tapi banyak benda kena belajar banyak benda kena atasi dan banyak benda kena lalui.

Encik suami ada cerita: pertama kali tengok rasa biasa, masa jumpa di rumah Abah rasa pertama kali jatuh cinta tengok, masa akad nikah lagi rasa jatuh hati ibarat tengok bidadari.haha.rasa nak perasan sat sorang-sorang.even sekarang dah gemuk.

Kepada encik suami, marilah sama-sama berpegangan tangan menuju ke syurga, sesungguhnya jalan ke syurga itu berliku-liku dan penuh dengan onak rindu.

Kepada suamiku, semoga Allah jua membalas segala kebaikan dan pengorbananmu terhadap keluarga kecil ini.

(Momen ini ditulis ketika sedang berpantang hari ke-8 dan si ibu masih bersedih mengenang hero masih ditahan di wad)


Sunday, 5 July 2020

Aku sebagai wanita

Aku sebagai wanita.

Cuba menjadi kuat.
Faham perasaan wanita?
Faham perasaan sebagai seorang perempuan?
Bila kita berasa dunia tidak mempedulikan kita,
Kita berasa tiada yang menoleh memandang kita,
Dan tiada yang sudi menghulurkan tangan.
Tapi tahukah kita?
Siapa yang berkali-kali jatuh dan berkali-kali bangun bangkit?
Ya, itu kamu sebagai seorang wanita!
Yang selalu kuat dan yakin.
Kamu yang bergelar anak perempuan, perempuan, wanita, isteri atau ibu.
Sila sayangi dan peluk diri sendiri.
Kita yakin dengan janji Tuhan.
InsyaAllah.Allah kan ada.Kita kan kuat!!

Gambar ni masa pi pantai merdeka dengan Balong, bangah, azim, Akhyar n thoriq. Hero2 makcik yang selalu ada dan meng'annoyingkan kepala makcik.


Monday, 30 December 2019

Cerita kami

_Cerita kami_part 1

Assalamualaikum w.b.t and good night semua.
Okay, dah penghujung tahun ni sesuai la nak simpulkan segala apa percutian kami sekeluarga untuk tahun ni.
Pertama, bercuti bagi aku sejak kecik samaada masa untuk berada di rumah atau berkumpul adik beradik atau buat la apa pun di rumah..Kami zaman  kanak-kanak jarang berjalan-jalan atau dikatakan tak pernah berjalan jauh dari rumah..Mungkin kalau boleh jalan jauh pi bila ikut trip sekolah..Ermm mungkin disebabkan adik beradik ramai dan kat rumah takdak kenderaan pun (ayah ada motor ja) jadi memang cuti kami adalah di rumah.
Tapi sejak semua semakin dewasa ni (pakat ramai dah kawin) kebanyakan jalan-jalan tu dengan keluarga masing-masing.
Jadi untuk tahun ni rasanya paling banyak kami (aku dan adik terutamanya) buat plan jalan-jalan.
Jadi plan pertama bila waktu kenduri pah sebelah lelaki di Kelantan, kami adik beradik tempah sebiji bas (semua adik beradik pi kecuali chok)..Kami masa ni 8 beradik..Kak ah dan anak beranak ikut jugak n adik kak ah 2 orang..Mak n pak mertua kak nah pun ikut.aku bawak Ain (anak murid)..ada la saudara 2,3 orang yang ikut..so total jumlah keluarga kami yang ikut:
1. Kak, Abang dan 3 anak
2. Kak Picah, Abang din dan 6 anak
3. Kak ah dan 9 anak
4. Bachik, Kak Tah dan 3 anak
5. Kak cik, abang aat dan miqdad
6. Kak nah dan mus'ab
7. Pah, aku dan adik.
Dan yang lain-lain la.
Cerita pasal nak pi kelantan ni berbuih buih kat mulut 2,3 bulan sebelum kenduri bulan 8 (cuti Raya haji). Dan yang bagusnya budak- budak ni (Irdina n sabila) kumpul duit untuk jalan-jalan..Tapi sebenaqnya apa yang seronok nak pi Kelantan ni?Sedangkan masa ni cuti Raya haji dan kita maklum di Kelantan banyak kedai tutup sebab depa meriah beraya.
Review daripada budak-budak ni (anak menakan) ~ dapat naik bas tu yang seronoknya.πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜…πŸ˜…..dan sakit otak time malam2 tido semua alarm handset pakai dok bunyi..

Dan kami cuma pi rehat di homestay sat, pi makan kenduri pah, jalan2 pi Pasar Siti Khadijah (tapi banyak kedai tutup), Bukit Bunga (depa sakan beli bantal tengkuk tu), dan yang saki baki tu lena dalam bas🀣🀣.
Tapi yang pentingnya perjalanan ni menghubungkan silaturrahim kami dan boleh bersembang2 banyak..Dan budak-budak ni pun seronok sebab dapat pi tempat jauh.
Okay aku pun ingat-ingat lupa cerita pasal pi Kelantan ni..Next, aku sambung part 2 la pasal jalan-jalan ni..bawah ni sebahagian orang dalam bas.😁😁

Sunday, 29 December 2019

Perasaan

Wanita dan perasaan.

Bercakap mengenai perasaan tidak dapat dipisahkan jika tidak bercakap mengenai wanita.
Kenapa?
Kerana wanita ini makhluk yang penuh dengan perasaan rumit dan kompleks.
Siapa dan bagaimana nak memahami perempuan ini?
Aku sebagai perempuan kadang-kadang kecewa dengan sikap sendiri.
Sebab perasaan aku kadang-kadang tak terluah.
Nak rasa marah tapi terpaksa dipendam dan akhirnya terluka di dalam.
Walaupun pelbagai sikap sahabat perempuan yang dah aku hadapi, tetapi wanita memang tak diduga dalam hatinya.
Perasaan cepat berubah.
Kadang-kadang mulut cakap lain, tapi hati cakap lain.
Sekejap emosi stabil, sekejap terganggu.
Sebab itu Tuhan hadirkan lelaki sebagai pasangan kepada wanita (ini untuk orang yang dah berkahwin) sebagai pelengkap perasaan tu.
Lelaki dengan sikap berbeza jauh daripada perempuan akan menstabilkan emosi dan perasaan perempuan.
Walaupun kadang-kadang orang cakap lelaki ni memang tak faham perempuan langsung, (aku la tu selalu cakap) hakikatnya macamtu la ciptaan Tuhan.
Dan kita memang kadang-kadang tak dapat menyelami dan memahami perasaan tetapi kita tahu macamana nak meneutralkan balik perasΓ an tu.
Dan selalu pesan pada hati : Tuhan hadirkan perasaan yang kompleks pada wanita sebab wanita ni la yang nak mendidik anak-anak generasi hadapan.
Dan sebab tu kot ramai wanita hebat muncul kat luar sana.πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

Tuesday, 6 August 2019

Coffee and me

Coffee and me.

I am coffee lover. this is what happened to me. Maybe this habit getting from our childhood memories. Yes, us. My siblings and I.
How habit drink coffee ni developed? Teringat zaman membesar, arwah mak memang akan buat kopi sendiri. Dulu di belakang rumah ada kebun, dan ada pokok kopi. Setiap kali pokok berbuah, kami memang akan ikut arwah mak petik biji kopi. Nak petik kena petik yang dah masak, warna merah dan ke'oren'gan..Elakkan petik yang masih hijau, tapi selalunya kami ni yang kanak-kanak akan terculas terpetik juga yang hijau.Hihi.



This is how the fruits look like.
Ni source dari encik wiki..Tak sempat nak tengok belakang rumah ada lagi tak pokok kopi.

Selepas sesi mengutip, kena jemur dulu buah kopi bagi kering betul-betul.tak ingat la berapa hari. Bila dah kering tu kulit dia pecah pecah dan keluarlah biji..Biji tu la kita buat jadi kopi.

Lepas dah dapat biji kopi, jadi arwah mak akan beli sekilo gula dan nyala api di para luar.Kacau biji kopi tu lama-lama atas api sederhana lepas tu campur dengan gula tadi. Kacau sampai jadi pekat dan hitam..Bila dia dah hitam biar sejuk dan akhirnya tumbuk pakai lesung. ermm apa nama lesung ni?
Bila dah selesai tumbuk baru serbuk tu ditapis bagi dapat serbuk yang halus tu

Dan boleh la nak bancuh kopi o.
Ni adalah antara kenangan yang dicipta bersama arwah mak. Setiap perkara yang dilakukan insyaAllah diingati sehingga sekarang. Dan dengan homemade kopi ni la kami membesar. That's how I became a coffee loverπŸ₯°πŸ₯°. Dan sekarang setiap kali balik rumah memang kopi hitam akan dicari. Dan selalunya rumah kak la akan diserbu.haha..sebab kopi yang dibancuh sendiri x rasa sedap macam
 kak bancuh.πŸ‘πŸ‘.







Friday, 19 July 2019

A book is a dream

'A book is a dream that you hold in your hand'

Most of my favourite quote.

Yes, when I'm reading, there are a lot of things that I learnt. Maybe it is not related directly with me, but still I'm preparing myself. Yet, still not reach the level. To be better than today.

Kata-kata Imam Syafie ' mengembaralah kamu keluar dari tempatmu'..Aku cuba mengembara melalui buku..☺️☺️.Boleh kan?..

Perkara yang menarik apabila boleh membaca:
1. Banyak tempat baru dikenali
2. Banyak ilmu-ilmu kehidupan yang boleh dipraktik.
3. Banyak bahasa yang boleh dibelajar
4. Etc.

Nowadays, I'm really attracted to read a lot books about women, marriage and parenting.. Haha..Tengah menyiapkan diri..InsyaAllah, walaupun bukan di dunia, tapi moga mendapat manfaat di akhirat.

Antara buku yang diborong dari Big Bad Wolf, Bukit Mertajam, 2019.

Semoga bermanfaat untuk semua.πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


Wednesday, 17 July 2019

After 5 years...

Bismillahirrahmanirrahim...

After 5 years....

Here I am.
Reflecting what actually happened within this 5 years.πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Assalamualaikum kepada blog yang rupanya wujud tanpa diduga. Hari ini (17 Julai 2019) terdetik di hati nak buka blog. Sebenarnya memang minat nak baca blog Dan memang minat nak menulis blog..Previously,I am a fan of www.iluvislam.com punya blog..A lot of things that I got from the articles..Tapi selepas berkurun lamanya, dah lama tak baca artikel-artikel ni.Dengan kesibukan diri sendiri dan etc.πŸ˜†πŸ˜† lebih berminat pula membaca buku-buku hardcopy.

But, this is seriously a shocking news to me when I realised that I was a blogger!!!!even just with 2 publish post.hahaha

That why I wonder and think my own capability..What else that I can achieve??

So, here I begin with my appreciation rewards to my old friend.



Hopefully, all of us always in blessing of Allah.. Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat..Semoga segala perbuatan Dan kebaikan yang dilakukan membawa kita ke Syurga Allah..InsyaAllah..Aaminn..🌹πŸ₯€πŸŒ·πŸŒΊπŸŒΈ