I am coffee lover. this is what happened to me. Maybe this habit getting from our childhood memories. Yes, us. My siblings and I.
How habit drink coffee ni developed? Teringat zaman membesar, arwah mak memang akan buat kopi sendiri. Dulu di belakang rumah ada kebun, dan ada pokok kopi. Setiap kali pokok berbuah, kami memang akan ikut arwah mak petik biji kopi. Nak petik kena petik yang dah masak, warna merah dan ke'oren'gan..Elakkan petik yang masih hijau, tapi selalunya kami ni yang kanak-kanak akan terculas terpetik juga yang hijau.Hihi.
This is how the fruits look like.
Ni source dari encik wiki..Tak sempat nak tengok belakang rumah ada lagi tak pokok kopi.
Selepas sesi mengutip, kena jemur dulu buah kopi bagi kering betul-betul.tak ingat la berapa hari. Bila dah kering tu kulit dia pecah pecah dan keluarlah biji..Biji tu la kita buat jadi kopi.
Lepas dah dapat biji kopi, jadi arwah mak akan beli sekilo gula dan nyala api di para luar.Kacau biji kopi tu lama-lama atas api sederhana lepas tu campur dengan gula tadi. Kacau sampai jadi pekat dan hitam..Bila dia dah hitam biar sejuk dan akhirnya tumbuk pakai lesung. ermm apa nama lesung ni?
Bila dah selesai tumbuk baru serbuk tu ditapis bagi dapat serbuk yang halus tu
Dan boleh la nak bancuh kopi o.
Ni adalah antara kenangan yang dicipta bersama arwah mak. Setiap perkara yang dilakukan insyaAllah diingati sehingga sekarang. Dan dengan homemade kopi ni la kami membesar. That's how I became a coffee lover🥰🥰. Dan sekarang setiap kali balik rumah memang kopi hitam akan dicari. Dan selalunya rumah kak la akan diserbu.haha..sebab kopi yang dibancuh sendiri x rasa sedap macamkak bancuh.👍👍.
